fbpx
GAMBAR fail Sean ‘Diddy' Combs (kiri). - Foto AFP

Bintang hip-hop menangis minta maaf, dihukum penjara lebih 4 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Bintang irama hip-hop, Sean ‘Diddy’ Combs dijatuhi  hukuman lebih empat tahun penjara oleh sebuah mahkamah daerah di New York semalam atas kesalahan berkaitan pelacuran.

Keputusan itu menutup satu perbicaraan dramatik di mana penerbit album muzik itu memohon maaf dan merayu belas kasihan kerana perbuatannya.

Dengan linangan air mata ketika bercakap di mahkamah sebelum hukuman dijatuhkan, Combs berkata dia benar-benar kesal atas perbuatannya.

“Saya merayu belas kasihan, Yang Arif,” katanya. “Saya memohon belas kasihan daripada Yang Arif.”

Combs turut memohon maaf kepada keluarga dan mangsanya, sambil menyifatkan kelakuannya sebagai menjijikkan serta memalukan.

“Saya sakit kerana dadah. Saya hilang kawalan. Saya perlukan bantuan tetapi saya tidak mendapat bantuan itu,” katanya.

Pihak pendakwaan menuntut hukuman penjara 11 tahun terhadap Combs yang berusia 55 tahun, namun Hakim Arun Subramanian menjatuhkan hukuman 50 bulan penjara  dan denda sebanyak AS$500,000 (RM2.1 juta).

Peguam Combs sebelum ini merayu agar bintang genre muzik hip-hop itu hanya dijatuhi hukuman 14 bulan yang secara praktikal bermakna tempoh hukuman sudah dipenuhi memandangkan dia telah ditahan di penjara Brooklyn selama lebih setahun.

Combs telah dibebaskan oleh juri pada Julai lalu daripada tuduhan paling serius iaitu pemerdagangan seks dan penglibatan dalam sindiket jenayah terancang.

Namun, dia didapati bersalah atas dua pertuduhan membawa individu merentasi negeri untuk tujuan pelacuran. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI