JELITAWAN Bollywood, Kajol memilih teman baiknya, Shah Rukh Khan (SRK) sebagai gandingan paling serasi dalam filem romantik berbanding suaminya sendiri, Ajay Devgan.
Dalam satu wawancara, Kajol diminta untuk memilih antara SRK dan Ajay, siapakah yang memiliki ‘chemistry’ paling kuat dengannya dalam filem.
Menurut Kajol, dia lebih banyak bergandingan dengan SRK dalam filem bergenre romantik berbanding suaminya.
“Saya jarang berlakon filem romantik bersama Ajay. Kebanyakan filem, saya bergandingan dengan SRK. Jadi ‘chemistry’ untuk filem romantik lebih hebat dengan SRK,” katanya.
Kajol dan SRK bergandingan dalam enam buah filem antaranya Baazigar, Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kuch Kuch Hota Hai, Khabie Kushi Khabie Gham, My Name Is Khan dan Dilwale.
Menariknya, kesemua filem gandingan mereka menjadi karya ikonik dan mendapat kutipan pecah panggung dengan pelbagai pencapaian dalam majlis anugerah.