fbpx
Gambar hiasan.

Empat individu gagal lapor rasuah didenda RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Empat individu termasuk bergelar Datuk masing-masing didenda maksimum RM100,000 oleh dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal melaporkan kes rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keempat-empat tertuduh itu ialah Ang Teck Ann, 52, Datuk Lim Kim Hai, 50, Lee Keng Long, 37, dan Chan Chee Keong, 67.

Teck Ann dan Kim Hai didakwa di hadapan Hakim Rosli Ahmad manakala Keng Long dan Chee Keong didakwa di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Di hadapan Hakim Rosli, Kim Hai mengaku bersalah secara rasuah diberi suapan wang tunai berjumlah RM3.5 juta oleh seorang individu sebagai upah mendapatkan tiga buah syarikat subkontraktor untuk sebuah syarikat.

Sementara tertuduh Teck Ann mengaku bersalah diberi suapan RM500,000 sebagai upah kerana menjadi orang perantara di antara Kim Hai dan seorang lagi individu untuk mendapatkan tiga syarikat subkontraktor.

Di hadapan Hakim Suzana, Keng Long dan Chee Keong turut didakwa dan mengaku bersalah atas pertuduhan diberi suapan masing-masing RM500,000 dan RM1.4 juta iaitu meminjamkan syarikat untuk dijadikan subkontraktor dan juga perantara.

Kesemua pertuduhan itu melanggar peruntukan Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009 yang mana kesemua kesalahan dilakukan di sebuah syarikat perundingan Centrepoint South, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra di sini antara bulan Jun 2017 dan Jun 2018.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut seksyen 25(1) akta SPRM 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah seksyen 25(2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd. Zamry, Nidzuwan Abd. Latip, Nurul Izzati Sapifee, M. Esther Jacyntha dan Hazel Tan Jia Qi.

Kesemua tertuduh diwakili peguam iaitu Datuk Seri James Chow dan Ramalingam Karuppiah.

Semasa prosiding, pihak pembelaan memohon mahkamah mengenakan hukuman denda dengan mengambil kira pengakuan salah tertuduh-tertuduh di peringkat awal pendakwaan telah menjimatkan masa mahkamah selain memberikan kerjasama yang baik terhadap SPRM semasa siasatan dijalankan.

Pihak pembelaan turut memaklumkan, tertuduh-tertuduh yang mempunyai tanggungan keluarga juga telah insaf dengan perbuatan mereka serta berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama.

Sementara pihak pendakwaan dalam hujahan pemberatan memohon supaya tertuduh-tertuduh dikenakan hukuman denda maksimum dan setimpal selain memohon semua wang-wang yang disita dilucut hak kepada kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI