fbpx
Alex Goh (tengah, depan) pada majlis pelancaran periuk nasi gergasi MR D.I.Y. di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

MR D.I.Y. lancar gimik periuk nasi gergasi di Bukit Bintang, KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MR D.I.Y. melancarkan gimik periuk nasi gergasi pertama seumpamanya  di sebuah kedai pop-up di Bukit Bintang, Kuala Lumpur (KL) sebagai sebahagian daripada inisiatif terbaharunya, ‘Kini, Produk MR D.I.Y. Tahan Lebih Lama.

Pengalaman imersif yang lengkap dengan efek wap dan  alunan muzik meriah yang digabungkan dengan aktiviti mesra keluarga itu adalah cara kreatif MR D.I.Y. menghidupkan janji kualitinya itu

Periuk nasi setinggi 16 kaki ini melambangkan kebolehpercayaan dan keselesaan harian, sama seperti produk-produk jenama ini yang telah diperakui oleh badan kualiti nasional dan antarabangsa.

Ia termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi kelengkapan air, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk piawaian kualiti dan keselamatan, Sijil Pematuhan Piawaian Keselamatan Mainan Eropah (COC EN71) bagi keselamatan mainan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi peralatan multimedia.

Pensijilan ini menegaskan komitmen MR D.I.Y. untuk menyediakan produk yang lebih selamat, lebih tahan lama, dan mematuhi piawaian tertinggi.

Naib Presiden, Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, selama lebih 20 tahun, rakyat  telah mempercayai kami untuk menyediakan kualiti pada harga mampu milik.

“Hari ini, kami membuktikan bahawa produk kami direka untuk tahan lebih lama, dengan ‘Kini, Produk MR D.I.Y. Tahan Lebih Lama’, kami menunjukkan bahawa ‘murah’ boleh berkualiti dan berkualiti tidak semestinya mahal. Inilah cara kami menyampaikan nilai melebihi janji ‘Always Low Prices’,” katanya dalam kenyataan.

Bermula 1 hingga 12 Oktober 2025, pengunjung di Bukit Bintang boleh menikmati pengalaman pop-up yang menyeronokkan, membeli barangan eksklusif, dan menikmati diskaun ke atas produk MR D.I.Y., termasuk periuk nasi, cerek elektrik, seterika, soket sambungan, fon kepala, kipas mudah alih USB, mentol lampu, pembesar suara bluetooth, dan fon telinga.

MR D.I.Y. memeriahkan upacara pelancaran tersebut dengan persembahan tarian yang menampilkan 20 maskot PANDAi.

Acara ini turut memperkenalkan barangan edisi terhad  berupa siri patung kecil plushie BUDDiY (Steamie periuk nasi, Sizzy seterika dan A-Ha! sebagai mentol lampu).

Inisiatif ‘Kini, Produk MR D.I.Y. Tahan Lebih Lama’ turut dilaksanakan di lebih 1,500 cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara, dengan promosi istimewa bagi produk terpilih yang memenuhi piawaian kualiti yang diperakui. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI