fbpx
Doa dan solidariti rakyat Malaysia diperlukan dalam menghadapi saat getir ini.

Stesen televisyen dan radio diminta siar Qunut Nazilah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan menggesa semua stesen televisyen dan radio di seluruh negara menyiarkan bacaan doa Qunut Nazilah dalam slot utama siaran.

Ia susulan tindakan rejim Zionis Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan memintas serta menahan pasukan Global Sumud Flotilla (GSF), malam tadi.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata doa serta solidariti rakyat Malaysia amat penting dalam menghadapi situasi getir ketika ini.

“Saya juga telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempertingkat pemantauan terhadap segala kandungan berkaitan konflik ini di ruang siber negara.

“Tindakan tegas dan segera akan diambil terhadap sebarang cubaan menyebarkan propaganda Zionis atau naratif berunsur hasutan yang boleh menjejaskan keharmonian serta sensitiviti awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyeru rakyat Malaysia supaya merujuk maklumat rasmi yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri serta saluran rasmi Sumud Nusantara Command Centre yang dikendalikan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia bagi mengelakkan penularan berita palsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI