SEREMBAN – Polis mengklafikasikan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di dalam tandas lelaki sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini, tengah hari semalam sebagai kes buli.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan iaitu buli dan bedah siasat dijadualkan pada hari ini bagi mengenal pasti punca kematian.
Terdahulu katanya, polis menerima maklumat kira-kira jam 1.19 petang semalam mengenai kematian mangsa yang disahkan doktor ketika menerima rawatan di Radhiyah Healthcare Sdn. Bhd.
“Mangsa dibawa ke pusat rawatan tersebut oleh guru disiplin, namun doktor yang merawat mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
“Siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tandas sekolah sebelum dihantar ke klinik berkenaan,” katanya ketika dihubungi.-KOSMO! ONLINE