fbpx
Lapan peserta GSF dari Malaysia dilaporkan diculik oleh Israel berdasarkan video mesej kecemasan yang dimuat naik.

[VIDEO] Sumud Flotilla: Lapan peserta Malaysia diculik Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Delegasi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang berada di atas dua kapal iaitu Alma, Sirius dan Huga dilaporkan ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran mesej kecemasan yang dimuat naik di akaun Sumud Nusantara Official sebentar tadi.

Terdapat empat wakil Malaysia yang berada di atas kapal Sirius telah memuat naik video mesej kecemasan iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli.

Sementara itu di kapal Alma, tiga peserta Malaysia iaitu Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil juga memuat naik video mesej kecemasan yang sama.

Di kapal Huga, dilaporkan Zizi Kirana juga memuat naik video kecemasan bagi memaklumkan dirinya telah diculik zionis Israel.

Rakaman video yang dikongsi bersama mesej itu menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyebarkan maklumat penahanan tersebut, selain menggesa agar tekanan global dikenakan terhadap Israel.

“Jika ada menonton video ini bermaksud saya telah diculik bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel. Misi kemanusiaan kami aman, tiada keganasan, dan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa.

“Saya segera merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat,” jelas mesej tersebut.

Penahahan kapal Huga menjadikan jumlah empat kapal GSF dipintas serta diceroboh oleh tentera Israel.

GSF dalam kenyataan sebelum ini berkata selain kapal Alma dan Sirius, kapal Adara turut dilaporkan diserang Zionis kira-kira pukul 8.30 malam (waktu tempatan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI