fbpx
GAMBAR fail sebuah kapal yang menyertai flotila ke Gaza. - Foto AFP

Sumud Flotilla: ‘Ini malam yang panjang, buat solat hajat, Qunut Nazilah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Seluruh rakyat Malaysia diminta untuk membuat solat hajat serta membaca Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang dijangka memasuki zon merah pada malam ini.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, ini kerana, malam ini merupakan detik yang panjang dan mendebarkan bukan sahaja buat kepada delegasi, tetapi seluruh rakyat Malaysia.

“Malam ini kita ada satu tugasan besar. Saya minta rakyat Malaysia sama-sama melaksanakan solat hajat dan membaca Qunut Nazilah memohon agar peperangan dihentikan, kebuluran ditamatkan dan flotila berjaya melepasi zon merah dengan selamat.

“Insya-Allah dengan doa seluruh rakyat Malaysia dan sokongan masyarakat dunia, kita berharap esok mereka akan dapat melihat cahaya Gaza dari laut,” katanya pada sidang akhbar di Sumud Nusantara Command Centre, di sini hari ini.

Katanya, dua tahun terakhir telah memperlihatkan betapa peritnya penderitaan ditanggung rakyat Gaza yang terpaksa hidup dalam peperangan dan kebuluran.

“Doa rakyat Malaysia amat diperlukan bagi mengiringi keberangkatan konvoi GSF yang kini semakin hampir ke destinasi iaitu tanah Gaza,” katanya.

Beliau menegaskan, doa dan sokongan rakyat akan menjadi kekuatan moral buat semua peserta flotila yang kini berada di barisan hadapan membawa suara kemanusiaan dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI