fbpx
COOLS (kiri) berjaya meledak satu gol dalam aksi yang berkesudahan pasukannya tewas kepada Kyoto Sanga. - CEREZO OSAKA

Cools puas buka akaun jaringan di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tonggak utama skuad Harimau Malaya, Dion Cools teruja dapat melakukan jaringan pertama bersama Cerezo Osaka dalam saingan Liga Jepun sekali gus mencatat sejarah dalam arena bola sepak tempatan.

Cools yang berhijrah ke Cerezo Osaka pada Jun lepas meledak gol pertama peribadinya ketika tewas 1-2 kepada Kyoto Sanga dalam saingan liga berprestij benua Asia itu.

Pemain pertahanan versatil berusia 29 tahun itu mengakui ‘suka dalam duka’ kerana jaringan yang dilakukan belum cukup untuk membantu pasukan meraih tiga mata penting.

“Secara peribadi, saya sangat gembira dapat meledak gol buat pasukan dan pertama di pentas Liga Jepun. Ia salah satu jaringan yang menarik buat saya selepas menerima hantaran tepat.

“Cuma saya lebih puas jika kami dapat melakar kemenangan atau sekurang-kurangnya seri berbanding mencatat jaringan,” katanya.

Sementara itu, Cools mengakui semakin selesa beraksi dalam kancah bola sepak di negara Matahari Terbit itu sehingga berjaya menjadi salah satu pemain kegemaran penyokong skuad Cerezo Osaka.

“Saya teruja dapat mendengar peminat menyanyikan lagu khas (chants) buat saya dan ia adalah detik yang cukup istimewa.

“Apa yang penting, saya harap kami dapat terus berkembang dan meraih keputusan positif pada aksi akan datang,” katanya.

Skuad kendalian Arthur Papas yang menduduki tangga ke-10 liga ketika ini dijadualkan menentang Nagoya Grampus pada Sabtu nanti.

Kemudian, Cools dijangka pulang ke tanah air bagi mengharungi aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos pada minggu depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI