fbpx
Perkongsian PU Rahmat mengenai perkembangan terkini perjalanan delegasi Malaysia ke Gaza.

Sumud Flotilla: Kapal dinaiki PU Rahmat ‘towing’ kapal ZRA Strim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kapal sokongan Estrella kini tampil sebagai sayap kekuatan apabila ditugaskan menarik kapal utama yang dinaiki salah seorang sukarelawan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA Strim) bagi meneruskan misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau dikenali PU Rahmat dalam hantaran di Facebook memaklumkan kapal yang membawa ZRA Strim bersama beberapa sukarelawan lain mengalami kerosakan.

“Kapal kami (Estrella) sedang towing (tunda) kapal ZRA Strim. Ada kerosakan di kapal ZRA. Lekas sembuh wahai kapal, sikit lagi nak sampai Gaza.

“Estrella kini jadi sayap kekuatan. Menarik kapal ZRA Strim yang diuji di tengah lautan,” katanya.

Menurut PU Rahmat, kedua-dua kapal kini bergerak semakin hampir ke destinasi yang dinantikan iaitu Gaza, Palestin.

“Jangan rebah duhai kapal, teruslah melaju bersama doa dan tekad perjuangan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan kapal dinaiki ZRA Strim mengalami kerosakan serius termasuk layar kapalnya koyak teruk selepas terkena serangan dron Israel yang melepaskan bahan letupan jenis ‘stun grenade’ pada 24 September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI