fbpx
GAMBAR HIASAN

Tiga ditahan, tinggalkan mayat saudara dengan kesan tembak di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN SERAI – Misteri penemuan mayat lelaki dengan kesan tembakan di Semanggol, di sini kelmarin terbongkar apabila siasatan mendapati mangsa dipercayai ditembak saudaranya yang menyangka haiwan buruan.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kejadian berlaku ketika suspek dan dua rakannya keluar berburu di Batu Caves, Selangor pada pukul 8 malam, 28 September lalu.

“Selepas menyedari mangsa terkena tembakan, mereka berpakat membawa mayat lelaki itu ke Semanggol menggunakan tiga buah kenderaan sebelum ditinggalkan di tepi jalan tidak berturap bagi menyorok kejadian sebenar,” katanya hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 3.55 pagi semalam memaklumkan seorang lelaki berusia 43 tahun ditemui tidak bernyawa di Kampung Selamat.

“Siasatan awal mendapati ada tiga kesan di belakang badan si mati dipercayai akibat terkena tembakan. Pegawai Klinik Kesihatan Semanggol mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Jelasnya, sepasukan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kerian menahan dua lelaki berusia 32 dan 33 tahun pada hari sama di Kampung Selamat. Salah seorang suspek mempunyai pertalian saudara dengan mangsa.

“Pada pukul 8.30 malam, seorang lagi lelaki berusia 36 tahun ditahan di Batu Caves. Kita merampas sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire, Mazda BT50, Toyota Hilux, dua laras senapang buatan sendiri, 11 butir peluru dan empat telefon bimbit.

“Kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 6 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya yang memberitahu polis giat mengesan seorang lagi suspek dipercayai terlibat dalam kejadian sama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kerian, Asisten Superintendan Ambri Mat Nayan di talian 012-5306567 atau Ibi Pejabat Polis Daerah Kerian menerusi 05-7215222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI