PETALING JAYA – Nafkah yang diberikan untuk isteri dan anak-anak tidak akan diberkati sekiranya seorang suami tidak menunaikan solat lima waktu.
Menjelaskan perkara itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, setiap rezeki yang diperolehi oleh orang yang tidak solat menjadi tidak berkat apatah lagi untuk makan atau minum.
Sebagai contoh katanya, seorang suami tidak solat, tetapi mencari nafkah untuk isteri dan anak-anaknya makan.
“Rezeki itu (yang diperolehi suami) tidak ada berkat. Sekarang ramai lelaki jenis tak sembahnyang, bila tak sembahyang tak berkat, cari makan semua tak berkat.
“Setiap rezeki yang masuk dalam mulut (bila tak berkat), masuk kocek dia, rezeki itu akan sumpah dia sendiri (pencari rezeki),”katanya pada sesi soal jawab baru-baru ini.
Beliau menerangkan demikian ketika ditanya tentang hukum seorang suami tidak solat tetapi mencari nafkah untuk keluarganya.-KOSMO! ONLINE