PETALING JAYA – Seorang pemandu Perodua Kancil dilihat sudah sedaya upaya menekan brek sebelum terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kenderaan lain yang membuat pusingan U.
Menerusi perkongsian video yang tular di TikTok, kereta Kancil terbabit melanggar bahagian sisi kenderaan lain tersebut.
Video itu turut memperlihatkan kepulan asap terhasil sewaktu pemandu Kancil sedang memberhentikan kenderaannya secara mengejut.
“Kancil sedaya upaya untuk brek, tapi apakan daya…,” kata seorang pengguna.
Di ruangan komen, ramai berseloroh menyifatkan insiden itu sebagau sebuah kemalangan yang comel.
“Kemalangan yang paling comel setakat ini,” seloroh pengguna yang lain.
“Mesti dalam kancil tu tekan brek sambil berdiri kan?,” komen @Liyanaaajee.
“Rasanya yang pemandu kancil tu dah berdiri, tapi apa boleh buat tak semua usaha membuahkan hasil,” kata Nur Ameera. – KOSMO! ONLINE
@ohbulanofficial Tetap tercium belakang tu. semoga yang baik-baik aja. Sumber video: video viral #ohbulan #kinitrending #kancik #brek ♬ Tokyo Drift – Xavier Wulf