fbpx
Tangkap layar video memaparkan sekumpulan penunggang motosikal mengejar kereta Myvi di Puchong, awal pagi kelmarin.

9 lelaki ditahan kes buli jalan raya di Puchong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUCHONG – Polis menahan sembilan lelaki kerana disyaki terlibat dalam insiden buli jalan raya sekumpulan penunggang motosikal mengejar sebuah kereta Perodua Myvi berhampiran Plaza Tol Puchong, di sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kesemua suspek berusia 17 hingga 21 tahun ditahan dalam serbuan sekitar Puchong dan Shah Alam, awal pagi ini.

“Turut dirampas tiga buah motosikal yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

“Kesemua tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pagi ini bagi permohonan reman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis menjalankan siasatan berhubung insiden tular di media sosial yang memperlihatkan sekumpulan penunggang motosikal mengejar sebuah kereta Myvi di Batu 13 berhampiran Plaza Tol Puchong.

Muhamad Farid berkata, pengadu berusia 52 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan telah membuat laporan polis kira-kira pukul 4 pagi berhubung kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN