fbpx
REJAB.

Sasterawan negara, Rejab F.I meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Dunia kesusasteraan tanah air kehilangan seorang tokoh apabila sasterawan negara, Rejab Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena Rejab F.I, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Tanjung Gorah, Repoh dekat sini kira-kira pukul 4 pagi tadi.

Setiausaha I Persatuan Penulis Perlis, Noor Zaidi Hamad berkata, Rejab, 84, akan dikebumikan selepas solat zuhur di tanah perkuburan Islam Tanjung Gorah, hari ini.

“Allahyarham merupakan penulis prolifik yang telah meninggalkan jasa besar dalam dunia sastera tanah air, khususnya di negeri Perlis,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Sepanjang perjalanan dalam dunia sastera, Rejab telah menghasilkan lebih 135 judul buku termasuk 45 novel, 23 antologi cerpen dan empat kumpulan puisi, selain ratusan karya yang tersiar di pelbagai penerbitan.

Beliau turut menulis 15 skrip drama televisyen, 20 skrip drama radio dan empat skrip drama pentas, di samping lebih 200 cerpen serta 400 puisi yang mendapat perhatian pembaca dan pengkritik.

Antara karya pentingnya ialah kumpulan cerpen Papervine yang menghimpunkan 24 karya terbaik beliau, malah buku itu diterbitkan semula tahun ini dalam Edisi Karya Malar Segar Penerima SEA Write Award.

Sepanjang kerjayanya, Rejab pernah menerima Anugerah Sastera Asia Tenggara pada 2016, selain Hadiah Sastera Nasional, Hadiah Sastera Esso-Gapena dan Hadiah Sastera Utusan-Public Bank.

Beberapa karya beliau turut diangkat sebagai teks Komponen Sastera dan Kesusasteraan Melayu di sekolah, manakala sejumlah puisi dan cerpennya diterjemahkan ke dalam bahasa lain seperti Rusia, Mandarin dan Inggeris. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI