fbpx
Kedudukan kapal GSF yang dikongsikan pada laman ‘Sumud Nusantara Flotilla Tracker' dibangunkan oleh Mapim.

Kapal GSF hampiri zon kuning

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kapal misi yang membawa sukarelawan Global Flotilla Flotilla (GSF) ke Gaza kini menghampiri zon kuning perairan antarabangsa dan dijangka memasukinya dalam tempoh kurang dari 30 minit.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! pada laman ‘Sumud Nusantara Flotilla Tracker’ yang dibangunkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), setakat pukul 9 malam ini, kedudukan flotilla direkodkan berada 300 batu nautika dari zon berkenaan.

Dari pantai Gaza, Palestin pula armada itu kini berada pada jarak 301.3 batu nautika dan dijangka mengambil masa kira-kira empat hari untuk sampai ke destinasi tersebut.

Sebanyak 47 bot menyertai misi berkenaan setakat ini dengan purata kelajuan 5.0 knot kira-kira 1.852 kilometer sejam (km/j).

Terdahulu, Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby dilaporkan berkata, pihaknya menjangkakan misi GSF berdepan kelewatan empat hari ke zone merah dan Gaza pada Khamis, 2 Oktober 2025.

“Pihak SNCC menggesa semua penyokong, media, keluarga peserta dan masyarakat yang mendokong untuk terus menjadi penguat semangat dan tidak terpengaruh dengan cubaan halus melemahkan barisan solidariti
antarabangsa ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI