fbpx
Muhammad Nor ditemui wartawan selepas prosiding kes bunuh dan bakar kekasih di Mahkamah Tinggi Klang. FOTO: SADDAM YUSOFF/KOSMO!

Bunuh, bakar kekasih: Tertuduh kekal mahu tukar pengakuan bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang pemuda kekal untuk menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan membunuh dan membakar kekasihnya yang hamil di Sabak Bernam, dua tahun lalu.

Peguam Muhammad Nor Tamrin berkata, dia dimaklumkan mengenai hasrat tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 22, hari ini.

“Semalam, saya dihubungi anak guam menerusi panggilan telefon supaya mempertimbangkan perkara itu secara menyeluruh.

“Selepas dinasihatkan sekali lagi pada pagi ini, dia (tertuduh) beritahu masih mahu menukar pengakuan kepada bersalah,” katanya ketika ditemui di mahkamah.

Justeru, beliau memohon tarikh sebutan bagi membacakan semula pertuduhan ke atas Muhammad Fakrul. Penolong Kanan Pendaftar, Luqman Abdul Haris menetapkan 10 Oktober ini bagi sebutan semula kes.

Prosiding hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkifli sepatutnya bagi mendengar keputusan representasi kes tersebut.

Pada 8 September lalu, Hakim Norliza Othman menasihatkan tertuduh supaya mempertimbang hasratnya menukar pengakuan itu dan mengetahui terlebih dulu status representasi yang dikemukakan kepada pihak pendakwaan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI