fbpx
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyantuni Norfazila ketika melawatnya di Kampung Masjid, Lenggeng, Seremban semalam.

‘Cukuplah…jangan ada anak orang lain pula yang kena’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang wanita memohon pihak berkuasa khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) menambah baik aspek keselamatan di sekolah supaya tiada lagi murid yang terjatuh ke dalam lubang kumbahan seperti kejadian menimpa Abdul Fattah Khairol Rizal, 9, kelmarin.

Ibu mangsa, Norfazila Md Lajin, 43, berkata, dia dimaklumkan bahawa penutup fiber lubang kumbahan itu ringan dan boleh diangkat, namun mengakui belum melihatnya secara fizikal.

“Saya harap JKR dapat menggantikannya dengan penutup besi atau memasang jeriji supaya murid tidak boleh mendekati kawasan tersebut.

“Cukuplah anak saya sudah tiada (meninggal dunia), jangan sampai ada lagi nyawa anak-anak lain yang terkorban,” katanya ketika ditemui di Kampung Masjid, Lenggeng di sini semalam.

Menurut Norfazila, selepas ketiadaan Abdul Fattah, dia dibebani rasa rindu yang begitu mendalam dan semua momen terakhir bersama kanak-kanak itu menjadi kenangan buat dirinya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI