fbpx
FAM mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen.

FAM akui berlaku kesilapan teknikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan berlaku kesilapan teknikal dilakukan oleh kakitangan pentadbiran semasa proses penyerahan dokumen.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman bagaimanapun sekali lagi bertegas semua tujuh pemain warisan adalah rakyat Malaysia yang sah mengikut undang-undang.

“FAM ingin memaklumkan bahawa kami telah mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran.

“FAM mengambil serius perkara ini. Walau bagaimanapun FAM ingin menegaskan bahawa para pemain warisan yang terlibat adalah rakyat Malaysia yang sah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tujuh pemain berkenaan adalah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Hasil semakan Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pemain dikenakan penggantungan 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak dan denda CHF2,000 (sekitar RM10,000) manakala FAM turut dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta).

“FAM sedang menunggu keputusan penghakiman penuh daripada FIFA sebelum mengemukakan rayuan mengikut proses dan lunas undang-undang sedia ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN