fbpx
Dembele dianggap paling layak selepas mencipta pencapaian luar biasa bersama Paris Saint-Germain musim lalu.

Dembele lambang kekuatan keinginan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUSIM lalu, anugerah Ballon d’Or mencetuskan kontroversi ketika pemain tengah Manchester City, Rodri dipilih sebagai pemenang terutama boikot yang dilancarkan oleh Real Madrid ekoran tidak berpuas hati dengan pemilihan tersebut.

Musim ini, walaupun Real masih kekal dengan ‘perangai’ boikot kerana turut tidak hadir pada majlis yang berlangsung di Theatre du Chatelet di Paris, namun tidak ramai yang mempertikai keputusan memilih Ousmane Dembele sebagai pemenang.

Sebelum keputusan diumumkan awal pagi Selasa lalu, tiga nama muncul yang dianggap bakal mencabar untuk gelaran paling berprestij untuk para pemain bola sepak profesional melibatkan Dembele, pemain sayap Barcelona, Raphinha serta bintang Liverpool, Mohamed Salah.

Bagaimanapun, ia sedikit meleset apabila tiada nama Raphinha dan Salah dalam kelompok tiga terbaik kecuali Dembele yang dianggap paling layak selepas mencipta pencapaian luar biasa bersama Paris Saint-Germain musim lalu.

Menguasai tiga trofi domestik di Liga Perancis sudah menjadi kebiasaan buat PSG, namun musim lalu cukup istimewa apabila buat kali pertama menjulang Liga Juara-Juara serta muncul juara Piala Super Eropah.

Kejayaan tersebut menjadikan nama Dembele tidak dapat disangsikan untuk menjulang Anugerah Ballon d’Or untuk edisi kali ini tanpa sebarang pertikaian.

Namun, perjalanan Dembele untuk ke puncak tidaklah mudah kerana dia pernah dilabel sebagai pemain yang tidak matang, kurang professional dan dianggap membazirkan bakat diberikan.

Memulakan karier professional bersama Rennes, dia diburu beberapa kelab dari England sebelum memilih menyertai Borussia Dortmund dengan membina kerjaya yang cukup baik sehingga Barcelona sanggup mengeluarkan dana sebanyak £115 juta (RM652.24 juta) untuk mendapatkannya.

Bagaimanapun, Nou Camp menjadi episod hitam dalam kerjayanya dengan segala kemelut yang menyelubungi termasuk masalah disiplin di dalam dan luar padang, prestasi merudum dan obses terhadap permainan video yang hampir memusnahkan kariernya.

Sepanjang enam musim bersama Barcelona, Dembele tidak dapat beraksi 784 hari dan berdepan masalah kecederaan otot sebanyak empat kali menyebabkan dia dicemuh oleh para penyokong yang menyifatkan ia adalah pelaburan yang paling merugikan kelab itu.

Sedar mengenai kemampuan dan bakal yang dikurnia, Dembele kembali ke Paris pada 2023 dengan menyertai PSG, namun belum benar-benar menonjol ketika kelab itu masih memiliki trio Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe.

Selepas kesemua bintang dan kehadiran Luis Enrique, dia membuktikan bahawa dirinya memiliki sesuatu yang istimewa dan pantas menjadi tonggak penting gergasi Ligue 1 itu dengan kemuncak pencapaian berjaya diraih mereka musim lalu.

Akhirnya, dunia menyaksikan bahawa Dembele berjaya menempatkan diri dalam ‘bingkai’ kemasyhuran bola sepak dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN