fbpx
Gambar yang dikongsi di laman Instagram GSF.

Sumud Flotilla: Konvoi memasuki perairan antarabangsa, dron mula menghampiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kapal yang menyertai konvoi misi kemanusiaan, Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin telah kembali belayar selepas dua hari berada di perairan Greece.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram GSF, sebelum ini mereka berhenti di perairan itu untuk membaiki kapal yang rosak serta mendapatkan bekalan makanan.

“Flotila Global Sumud belayar semula. Dengan kapal-kapal Greece di sisi kami, kini kami lengkap dan bergerak bersama menuju Gaza,”tulis GSF.

Tambah GSF, semua sukarelewan tidak sabar untuk menemui saudara di Palestin dan semangat mereka semakin berkobar-kobar.

“Saudara-saudari di Gaza, kami belayar dengan harapan di hati. Ketabahan kalian menjadi petunjuk kami, perjuangan kalian adalah perjuangan kami.

“Bersama-sama, kita akan memecahkan kesunyian kepungan,”ujar GSF.

Sementara itu, salah seorang peserta GSF, Rahim Azhari memaklumkan bahawa hampir 50 bot flotilla telah memasuki perairan antarabangsa.

“Beberapa dron mula kelihatan menghampiri beberapa bot flotila. Mohon doa semua,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI