fbpx
Mayat pemandu bot yang ditemui pagi tadi.

Mayat pengendali perahu ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SARATOK – Pengendali perahu yang turut hilang selepas karam di Sungai Krian di sini, petang semalam ketika membawa 10 lelaki warga Indonesia ditemukan meninggal dunia sebentar tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata jasad lelaki tempatan berusia 25 tahun itu dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 9.37 pagi.

“Mayat mangsa dijumpai di bawah jambatan yang sedang dibina lebih kurang 91 meter dari Pangkalan Feri Kaba,” katanya dalam kenyataan.

Katanya operasi mencari tiga lagi mangsa yang merupakan warga Indonesia masing-masing berusia 35, 41 dan 50 tahun kini sedang giat dijalankan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang semalam itu, enam orang selamat manakala empat hilang selepas perahu dinaiki mereka karam ketika menyeberangi Sungai Krian dari Jeti Sesang ke Jeti Pusa.

Kejadian berlaku ketika perahu yang dikendalikan mangsa warga tempatan itu membawa kesemua warga Indonesia terbabit yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan dalam perjalanan pulang kerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI