fbpx
FAM akan membuat rayuan kepada FIFA berhubung tindakan yang dikenakan berkaitan kes pemain warisan.

FAM wajar kemuka rayuan, pertahan pendirian Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menzahirkan sokongan penuh terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu penggantungan beberapa pemain warisan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, tindakan FIFA itu difahamkan dibuat selepas menerima laporan rasmi daripada beberapa persekutuan lain dan susulan semakan terhadap dokumen asal-usul pemain terbabit.

“Pada tahap ini, kami menyeru semua pihak memberi ruang kepada FAM serta pihak berkuasa berkaitan untuk mengemukakan hujah bagi mempertahankan pendirian Malaysia.

“Adalah penting proses ini dilaksanakan secara adil, telus dan bersandarkan bukti yang sahih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MCW kekal komited terhadap integriti dan akauntabiliti dalam bola sepak negara, selain yakin Malaysia mempunyai asas kukuh untuk mempertahankan kedudukan.

“Kami juga menggalakkan semua penyokong agar bertenang serta terus bersatu sementara proses rayuan diteruskan,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan FAM dan tujuh pemain warisan negara dikenakan tindakan tegas oleh FIFA selepas melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

Tujuh pemain berkenaan adalah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Hasil semakan, Jawatankuasa Disiplin FIFA memutuskan FAM perlu membayar denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) manakala pemain diarahkan membayar denda CHF2,000 (sekitar RM10,000). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN