fbpx
Antara gambar dimuat naik ZRA Strim di akaun Facebooknya memaparkan sukarelawan sedang berusaha membaiki layar yang koyak.

Layar kapal dinaiki ZRA Strim koyak teruk akibat dron Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah bot layar Global Sumud Flotilla (GSF) mengalami kerosakan serius selepas terkena serangan dron Israel yang melepaskan bahan letupan jenis stun grenade pada 24 September lalu.

Kapal tersebut membawa salah seorang sukarelawan Malaysia iaitu ZRA Strim atau nama sebenarnya Zainal Rashid Ahmad.

Menerusi hantarannya di Facebook, layar kapal tersebut koyak teruk pada hari kesembilan pelayaran kerana diserang oleh dron yang dihantar Zionis.

Katanya, kesempatan berlabuh sehari di Grete, Greece digunakan sepenuhnya oleh semua sukarelawan untuk membaiki kerosakan yang berlaku.

Menariknya, Zainal berkata kerja baik pulih dilakukan secara gotong-royong apabila para pelayar yang pakar dalam bidang tertentu bergerak dari satu bot ke bot lain bagi menawarkan kepakaran dan bantuan.

“Seorang pelayar Norway yang dua kali mengelilingi dunia mencadangkan kaedah merendahkan layar kedua dan utamakan layar pertama.

“Tak ada masalah dalam cuaca sekarang… teruskan dengan cara layar rendah. Kita akan sampai ke Gaza,” katanya.

Zainal turut berkata suasana di pelabuhan turut dihiasi semangat kebersamaan apabila sukarelawan daripada pelbagai negara berganding bahu.

“Langit cerah dan hari yang indah seakan menyuntik semangat baharu buat semua peserta flotilla, yang bersatu demi menjayakan misi kemanusiaan ke Gaza,” ujarnya.

Zainal antara 34 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza bagi menyalurkan bantuan seperti makanan dan ubat-ubatan.

Kebanyakan kapal pelayaran GSF dilaporkan telah pun memasuki zon kuning menuju ke Gaza serta dijangka berdepan dengan sebarang kemungkinan ancaman Zionis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN