fbpx
Majlis serah terima tugas antara Mohamad Zainal (kanan) dan Mancha di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, hari ini. IHSAN PESURUHJAYA POLIS SARAWAK

Mohamad Zainal dilantik Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Datuk Mohamad Zainal Abdullah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang sebelum ini menjawat Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengambil alih tugas Datuk Mancha Ata yang akan bersara wajib pada 29 September ini.

Majlis serah terima tugas tersebut berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dengan disaksikan Ketua Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ibrahim Darus.

Berhubung pelantikan itu, Mohamad Zainal berkata, pelantikan itu merupakan satu mandat besar dan penghormatan sebagai anak jati Sarawak.

Menurutnya, fokus utama beliau menggalas jawatan itu adalah bagi menangani jenayah narkotik terutama aktiviti pengedaran dadah sintetik.

“Strategi bersama pasukan polis Sarawak akan dirangka selepas mendapat gambaran penuh mengenai situasi semasa di negeri itu.

“Kebanyakan kes melibatkan dadah sintetik yang digunakan di seluruh dunia. Jadi kita akan lihat pendekatan terbaik dan pastikan jenayah ini dapat kita banteras bersama,” katanya.

Mohamad Zainal, 47, berkata, beliau akan memanfaatkan pengalamannya dalam Jabatan Siasatan Jenayah bagi mencari formula melumpuhkan aktiviti pengedaran yang merosakkan masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN