fbpx
Orang ramai menunaikan solat hajat selepas solat jumaat bagi mendokan keselamatan peserta Global Sumud Flotilla, di Masjid Negara, di sini hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Solat hajat doa keselamatan flotila ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ribuan jemaah menunaikan solat hajat bagi mendoakan keselamatan pasukan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini semakin menghampiri perairan Gaza.

Tinjauan Kosmo! di Masjid Negara hari ini menyaksikan ratusan jemaah bersama-sama mendirikan solat hajat selepas solat Jumaat bagi mengharapkan kelancaran perjalanan misi kemanusiaan yang membawa bantuan makanan dan barang keperluan daripada sebarang ancaman.

Ia turut disertai oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai simbol sokongan dan solidariti kepada sukarelawan dari pelbagai negara, termasuk Malaysia, yang terlibat dalam misi membawa bantuan ke Gaza.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar mengajak seluruh masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk bersama-sama berdoa demi kelancaran misi kemanusiaan tersebut.

“Bersama kita lipatgandakan doa dan bersolat hajat semoga misi kemanusiaan GSF sentiasa dipelihara oleh Allah, diberikan kesejahteraan serta dipermudah segala urusan,” katanya.

Misi flotila tersebut kini dilaporkan menghampiri Zon Kuning, iaitu sempadan antarabangsa sebelum memasuki kawasan konflik yang dikawal ketat oleh rejim Zionis Israel.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI