SELAIN Ernie Zakri dan Syamel, Anzalna Nasir dengan suaminya, Hanif Zaki pula digelar sebagai pasangan paling ‘masuk air’ ketika ini.
Masakan tidak, macam-macam benda menggelikan hati muncul daripada mulut mereka terutama sejak Anzalna menjadi gadis dulang pada majlis pernikahan Fattah Amin dan Amira Othman baru-baru ini.
Paling menggeletek hati ramai apabila Anzalna mempersoal sama ada dirinya adalah isteri syurga sama seperti Fattah menggelar Amira.
Bagi netizen, gelagat Anzalna dan Hanif sangat menghiburkan malah ada yang ternanti-nanti siaran langsung TikTok mereka berdua.
“Mereka adalah pasangan kegemaran saya ketika ini, gelak pun tak ‘cover’, memang kelakar.
“Suami isteri paling ‘masuk air’ setakat ini dan tak sangka Hanif pun kelakar orangnya seperti suami Ummi Nazeera,” komen netizen.