fbpx
ADA yang bernama Amira dan Fazura, nama-nama kucing milik Aliff Syukri jadi perhatian netizen.

‘Berat’ sungguh nama kucing Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBELUM ini kambing, sekarang kucing pula. Datuk Aliff Syukri terus menjadi bualan ramai dan tular dalam media sosial apabila dua ekor kucingnya dinamakan sebagai Fazura dan Amira.

Perkara tersebut membuatkan ramai tidak senang duduk kerana menamakan haiwan peliharaan itu dengan dua nama selebriti yang sedang hangat diperkatakan dalam media sosial ketika ini.

“Ini kucing-kucing saya, seekor nama Fazura Erin Natasha Berganda Berdozah.

“Manakala kucing yang lagi satu ini muka Arab sikit, jadi saya beri nama Amira Edora Natasha Berganda,” katanya.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai terhibur malah mula menjangka Aliff tidak akan ingat nama panjang kucing-kucingnya tidak lama lagi.

“Saya syak, Aliff pun tak akan ingat nama kucing itu nanti.

“’Berat’ nama itu untuk diguna oleh kucing.

“Nak namakan kucing pun kelakar, penatlah dengan Aliff Syukri ini,” seloroh netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI