fbpx
Ahmad Zahid ketika bercakap melalui panggilan video bersama rakyat Malaysia yang terlibat dalam pelayaran misi ke Gaza hari ini.

Ahmad Zahid ucap syabas 34 wira sertai misi Sumud Flotilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan penghargaan kepada 34 rakyat Malaysia yang berani menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui Pelayaran Sumud Flotilla.

Beliau berkata, penyertaan mereka membuktikan solidariti seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Mereka berlayar jauh, berdepan ugutan dan ancaman, namun tetap teguh demi kemanusiaan.

“Marilah kita terus mendoakan keselamatan mereka serta kejayaan misi ini bersama sokongan masyarakat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan di media sosial.

Kumpulan 34 sukarelawan Malaysia itu merupakan sebahagian daripada ratusan aktivis antarabangsa yang menyertai Pelayaran Sumud Flotilla, sebuah inisiatif kemanusiaan yang menghimpunkan peserta dari lebih 20 negara.

Mereka berlayar dengan konvoi kapal menuju Gaza dengan matlamat menghantar bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas kepada rakyat Palestin yang terhimpit akibat sekatan berlarutan.

Kumpulan 34 wira Malaysia itu terdiri daripada wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Aman Palestin, MyCare, Aqsa Syarif, Haluan Malaysia, MAPIM, Viva Palestina Malaysia serta beberapa doktor perubatan, sukarelawan muda dan aktivis kemanusiaan bebas.

Ahmad Zahid turut menegaskan kerajaan komited memberi sokongan penuh kepada usaha yang membawa mesej keamanan dan keadilan buat Palestin.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI