fbpx
GAMBAR fail beberapa penduduk haram Yahudi memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis. - Foto AFP

Ratusan pelampau Yahudi serbu Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAITULMUQADDIS – Beratus-ratus pelampau nasionalis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki Israel semalam, sempena perayaan Rosh Hashanah iaitu Tahun Baru Yahudi, lapor laman berita Middle East Eye.

Kumpulan peneroka haram Yahudi itu memasuki kawasan masjid di bawah perlindungan pasukan keselamatan Israel yang lengkap bersenjata.

Mereka secara terbuka berdoa dan melakukan ritual keagamaan di kawasan tersebut, selain menyanyi dan menari.

Tindakan itu melanggar perjanjian antarabangsa dikenali sebagai status quo yang menetapkan Masjid Al-Aqsa sebagai tapak eksklusif Islam, di mana hanya umat Islam dibenarkan beribadah.

Pencerobohan Israel ke dalam kompleks masjid itu kini berlaku hampir setiap hari.

Namun, bilangan serbuan lazimnya meningkat dengan ketara semasa cuti kebangsaan dan perayaan Yahudi.

Sebuah kumpulan pelampau, Beyadenu menyeru penyokong mereka untuk melaksanakan serbuan besar-besaran antara 22 September lepas hingga hari ini bagi mencatat rekod jumlah pendatang haram Yahudi yang memasuki kawasan tersebut.

Namun, sebuah puak pelampau dikenali sebagai kumpulan Gunung Kuil melaporkan bahawa seramai 58,310 pendatang haram Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa sepanjang tahun Yahudi sebelum ini.

Ia menandakan peningkatan 14 peratus berbanding tahun sebelumnya, dan lima kali ganda berbanding sedekad lalu.

Kumpulan itu menggesa supaya Masjid Al-Aqsa dimusnahkan untuk membina kuil Yahudi ketiga di tempatnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI