fbpx
Razali ketika sesi siaran langsung hari ini.

Konvoi flotilla berada kira-kira 1,324km dari kawasan kepungan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan kini menghampiri zon kuning, salah satu kawasan paling mencabar dalam pelayaran menuju ke Gaza.

Perunding Media AlKhair Malaysia, Razali Awang berkata, zon kuning itu terletak kira-kira 1,324 kilometer daripada zon merah yang dikepung ketat oleh tentera Israel.

Perkembangan itu menandakan pasukan sukarelawan antarabangsa tersebut semakin hampir dengan kawasan berisiko tinggi yang sering dipantau oleh pihak berkuasa rejim Zionis.

“Bagi memastikan segalanya berjalan lancar sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan, latihan-latihan kecemasan telah diadakan pada setiap hari seperti yang dijadual di atas kapal ini.

“Ia bagi memastikan kesiap-siapaan kami untuk menghadapi sebarang bentuk pencerobohan ataupun ‘intervention’ daripada rejim Zionis,” katanya ketika sesi siaran langsung hari ini.

Sebelum ini, seorang lagi sukarelawan Malaysia, ZRA Strim atau nama penuhnya Zainal Rashid Ahmad berkata, sebanyak 53 kapal terlibat dalam konvoi kemanusiaan tersebut.

“Doakan agar semua kapal serta lebih 500 pelayar selamat tiba di Gaza dengan membawa bantuan makanan dan perubatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI