fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki dituduh bunuh isteri, peniaga telefon bimbit esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Suspek lelaki yang disyaki menikam hingga mati isterinya dan peniaga telefon bimbit di Taman Nona, Guar Chempedak dekat sini pada 11 September lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Gurun pada esok.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Harmizi Abdullah berkata, kertas siasatan yang lengkap telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan mendapat arahan untuk menuduh suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Ya kita mengesahkan akan menuduh suspek di mahkamah esok selepas mendapat arahan berbuat demikian dari pejabat TPR hari ini,” katanya yang dihubungi sebentar tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki dan wanita ditemui maut masing-masing dengan lapan dan 20 kesan tikaman dan kelaran pada badan di Taman Nona, Guar Chempedak.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, mangsa lelaki dijumpai dalam keadaan terlangkup di atas jalan di hadapan sebuah rumah di situ manakala mangsa wanita di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.

Jarak lokasi mangsa lelaki ditemui dengan kereta adalah kira-kira tujuh meter.

Suspek berusia 29 tahun kemudian melarikan diri ke Kuala Terengganu sejauh kira-kira 420 kilometer selepas melakukan pembunuhan kejam itu sebelum berjaya ditahan keesokan harinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI