fbpx
Petugas JPJ melayani pelanggan yang datang untuk ramai memperbaharui lesen memandu di Indera Mahkota, Kuantan semalam.

JPJ lengang, perbaharui lesen dalam 2 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rata-rata kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara kelihatan lengang apabila hanya segelintir masyarakat memperbaharui lesen memandu masing-masing selepas pengumuman kerajaan berkaitan inisiatif Budi Madani RON95 kelmarin.

Di sesetengah kaunter, pe­langgan hanya memerlukan dua minit untuk urusan tersebut.

Di Kuantan, penghantar makanan, Mohamad Faiz Farham Mohd, Zawawi, 30, berkata, dia tidak menyangka urusan perbaharui lesen memandunya selesai dalam tempoh singkat.

“Saya bergegas ke JPJ Indera Mahkota bersama isteri selepas tular orang ramai beratur di kaunter JPJ Putrajaya. Bila sampai, saya lihat tiada orang dan keadaan lengang dan urusan saya selesai dengan pantas.

“Isteri yang sedar lesen saya sudah tamat dan saya pula lupa hendak perbaharui lesen sebelum ini disebabkan kekangan kerja,” katanya.

Menurut Mohamad Faiz, pembaharuan lesen penting untuk menikmati faedah subsidi RON95 yang menjadi salah satu syarat ditetapkan kerajaan.

Di Kota Bharu, Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, pihaknya menerima peningkatan 167 individu untuk memperbaharui lesen selepas pengumuman Budi Madani RON95.

“Ia meningkat daripada 1,000 kepada 1,167 sehari sejak kelmarin (Ahad). Kaunter tidak sesak kerana ada alternatif iaitu memperbaharui melalui aplikasi MyJPJ,” katanya.

Menurut Mohd. Misuari, ada yang perlu mengemukakan surat rayuan kerana lesen sudah tamat lebih tiga tahun melibatkan pemandu di Kota Bharu, Gua Musang dan Machang.

Di Johor Bahru, kaunter JPJ di situ kelihatan lengang dan tidak ramai pengguna hadir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN