fbpx
Amir Hamzah berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Mega E-Invois 2025 (Siri 2) di Menara HASiL Pulau Pinang di sini. Gambar/Danial Saad

Lebih 13 juta rakyat sudah tebus Sara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Lebih 13 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) setakat Sabtu lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, walaupun ramai telah menggunakan sepenuhnya kredit RM100 yang disediakan namun, masih terdapat penerima yang mempunyai baki untuk dibelanjakan.

”Sehingga Sabtu, jumlah rakyat yang sudah menebus kredit Sara melebihi 13 juta orang.

”Kadang-kadang ada penerima tidak menggunakan kesemua RM100 sekali gus. Jika ada baki, mereka boleh terus menggunakannya sehingga hujung tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Jelajah Mega e-Invois Siri Kedua Tahun 2025, di Menara Hasil di sini, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI