fbpx
Tengku Amir Shah dan Cik Afzaa Fadini

Perkahwinan Diraja Raja Muda Selangor, Cik Afzaa pada 2 Oktober depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan memaklumkan perkahwinan anakanda baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz, pada 2 Oktober depan.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani berkata, Istiadat Pernikahan Diraja akan diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah di Klang.

“Istiadat Persandingan Diraja dan majlis santapan diraja bagi memuliakan Istiadat Perkahwinan Raja Muda Selangor akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober ini,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Sehubungan itu, kata Muhamad Munir, satu majlis bacaan Yasin dan doa selamat akan diadakan pada Khamis ini, di seluruh masjid di negeri Selangor.

Tambahnya, ia dianjurkan Jabatan Agama Islam Selangor bagi memohon doa semoga istiadat perkahwinan dan majlis yang dirancang akan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

“Pada tarikh berkenaan juga, Sultan Sharafuddin dan Tengku Amir Shah turut berkenan berangkat ke majlis doa selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) di sini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN