fbpx
Seorang remaja yang menjadi harapan keluarga kini bertarung nyawa apabila tidak sedarkan diri selepas motosikal dinaiki bersama adiknya terbabas di DUKE pada 28 Ogos lalu.

Anak harapan ibu bapa OKU kini koma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang remaja yang menjadi harapan keluarga kini bertarung nyawa apabila tidak sedarkan diri selepas motosikal yang dinaiki bersama adiknya terbabas di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada 28 Ogos lalu.

Hisyamuddin Jamaluddin, 18, yang baru bekerja selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengalami kecederaan otak yang teruk.

Anak sulung daripada tiga beradik itu telah keluar dari hospital pada 18 September lalu, namun hanya telantar di rumah kerana masih koma.

Adiknya, Muhammad Syarifuddin Jamaluddin, 15, pula bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan itu.

Ibu bapa mereka merupakan orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu.

Menurut sepupu mereka, Ramadhani Safitri Zainal, 32, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan selepas brek motosikal tiba-tiba tidak berfungsi.

“Ketika di selekoh, motosikal mereka hilang kawalan sebab brek kaki tak berfungsi sepenuhnya.

“Semasa kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pulang dari kedai basikal untuk membaiki basikal ibu mereka,” katanya.

Ramadhani berkata, ibu mangsa, Syamsiah Siregar, 49, seorang suri rumah, manakala ayah mereka, Jamaluddin Kamaruzaman, 50, mengalami strok ringan dan tidak mampu melakukan kerja berat.

“Ayahnya masih bekerja cuma tak boleh kerja kuat disebabkan strok, jadi abang bekerja untuk bantu keluarga.

“Tetapi sekarang anak yang menjadi harapan keluarga pula terlibat masih tidak sedarkan diri akibat kemalangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI