fbpx
JAMAICA gagal mara ke final acara 4x100m ekoran masalah pertukaran baton pada aksi saringan awal pagi semalam. - AFP

Kuartet Jamaica kempunan angkara baton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO, Jepun – Harapan Jamaica untuk kembali merangkul pingat emas dalam acara 4×100 meter lelaki di Kejohanan Dunia Olahraga 2025 berkecai apabila mereka gagal mara ke final selepas tercicir baton dalam aksi saringan awal pagi semalam.

Pasukan itu sebelum ini dilihat sebagai antara pencabar utama untuk mencabar pingat emas, lebih-lebih lagi selepas Oblique Seville meraih gelaran juara dunia 100 meter individu awal minggu ini sekali gus dijangka mampu membantu negaranya memburu emas berganda.

Pelari pertama Jamaica, Ackeem Blake memulakan perlumbaan dengan baik sebelum menyerahkan baton kepada Seville di hentian kedua dan pertukaran tersebut dilakukan tanpa sebarang masalah.

Seville kemudiannya menyerahkan baton kepada Ryiem Forde dan sekali lagi, pertukaran itu kelihatan lancar, meletakkan Jamaica dalam kedudukan yang baik menuju ke garisan penamat.

Namun, malang menimpa di pertukaran terakhir apabila cubaan Forde untuk menyerahkan baton kepada Kishane Thompson apabila pemegang pingat perak 100 meter dunia gagal meneruskan dengan sempurna.

Insiden itu menyebabkan Jamaica tidak menamatkan perlumbaan dan secara automatik tersingkir daripada saingan, sekaligus menggugurkan impian Seville untuk meraih dua gelaran dunia di Tokyo.

Kegagalan itu amat mengecewakan buat kontinjen Jamaica kerana kali terakhir mereka meraih pingat emas dalam acara tersebut pada 2015 di Beijing, China.

Dengan penyingkiran Jamaica, tumpuan kini terarah kepada Amerika Syarikat yang layak ke final bersama tujuh pasukan lain Ghana, Kanada, Belanda, Jepun, Jerman, Australia dan Perancis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI