fbpx
Zainal Rashid Ahmad menerusi rakaman video di muat naik di Facebook

[VIDEO] Pelayaran flotila dijangka tiba di Gaza 24 jam lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini berada di perairan Mediterranean dijangka tiba di Gaza awal sehari berbanding jangkaan sebelum ini.

Sukarelawan Malaysia, ZRA Strim atau nama sebenar Zainal Rashid Ahmad menerusi rakaman video di muat naik di Facebook berkata, pelayaran yang dijangka selama 10 hari, mungkin jadi sembilan hari.

“Kami dalam pelayaran yang sukses dengan ombak mulai reda. Kami jangka ada potensi kami cepat 24 jam untuk sampai di Gaza. Perjalanan (pelayaran) 10 hari mungkin menjadi sembilan hari. Doakan kami di Gaza,” katanya.

Misi flotila kali ini membawa muatan bantuan kemanusiaan termasuk makanan, bekalan perubatan serta pasukan perisai manusia yang berperanan sebagai benteng solidariti buat rakyat Palestin yang terus berdepan kepungan dan serangan berpanjangan.

Dalam pada itu, Zainal Rashid memaklumkan, kesatuan sekerja di pelabuhan Genoa dan Venice di Itali akan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran bagi menyatakan sokongan kepada Palestin.

Menurut beliau, kesatuan sekerja di Itali juga memaklumkan mereka mendapat sokongan badan bukan kerajaan (NGO) dan demonstrasi akan turut diadakan di bandar-bandar besar negara itu.

“Kerjasama ini mungkin akan merantai keseluruhan bandar-bandar besar di Eropah termasuk United Kingdom, Norway, Belanda, Jerman dan sebagainya.

“Raikan esok dengan memuat naik sokongan (di media sosial) kepada kesatuan sekerja di Eropah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI