fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat landa 6 negeri hingga petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran susulan jangkaan hujan lebat serta ribut petir di enam negeri hingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan negeri Pahang (Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Tampin), Melaka (Jasin) serta seluruh kawasan Johor.

Selain itu, hujan lebat turut dijangka melanda Sarawak di Sarikei (Julau), manakala Sabah tertumpu sekitar Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mili meter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI