fbpx
Anggota polis mengeluarkan notis advokasi kepada pengguna jalan raya. IHSAN PDRM

Op PUU: Masih ramai degil halang lalu lintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis Kuala Lumpur mengeluarkan 42,288 notis menerusi kempen advokasi Operasi Patuh Undang-Undang (Op PUU) hingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, halangan lalu lintas merupakan kesalahan tertinggi yang direkodkan membabitkan 18,168 notis.

“Kesalahan lain dikesan mengabaikan isyarat lalu lintas (9,897), berhenti di petak kuning (2,328), nombor plet kotor, kabur atau ‘fancy’ (1,843), tidak memakai tali pinggang keledar (259) dan tidak memakai topi keledar (1,633),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Usuf Jan berkata, penunggang motosikal mencatatkan jumlah paling ramai menerima notis advokasi berkenaan.

“Daripada jumlah itu, penunggang motosikal menerima 19,672 notis, pemandu kereta mencatatkan (18,058), pemandu van (821), lori (576), teksi (955) dan pejalan kaki 2,206 notis.

“Op PUU akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang lalu lintas di ibu negara berada pada tahap terbaik,” ujarnya.

Kempen advokasi bermula 6 September lalu itu bertujuan mendidik pengguna jalan raya mengenai kepentingan mematuhi peraturan lalu lintas, khususnya di kawasan pusat bandar, sebagai persediaan sebelum pelaksanaan Op PUU sebenar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI