fbpx
Sharmaine yang kini melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang undang-undang memasang impian untuk menceburi industri seni.

Sharmaine cukup pakej jadi pelakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Graduan jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Sharmaine Ilenna Rudy Alexander, 25, yang menghiasi ruangan Pesona Ahad minggu ini berhasrat mahu melebarkan bakatnya menjadi seorang pelakon.

Gadis berasal dari Tuaran, Sabah ini juga berharap impian besar ke layar perak dan mewarnai industri seni dapat dicapai se­iring hasrat besarnya untuk menggenggam ijazah doktor falsafah (PhD).
Kepada Kosmo! Ahad, gadis yang mesra disapa Sharmaine ini berkongsi mengenai isu pendidikan dan keinginannya menjadi inspirasi kepada remaja lain.

KOSMO! AHAD: Kongsikan mengenai diri anda?
Sharmaine: Saya anak ketiga daripada empat beradik dan semuanya perempuan.
Sekarang saya baru sahaja menamatkan pengajian dalam Sarjana Undang-Undang di UiTM Shah Alam dan bakal me­nyambung ke peringkat PhD juga dalam bidang undang-undang.

Bagaimana menceburi jurusan perundangan?
Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mengambil Asasi Undang-Undang di UiTM Dengkil selama setahun. Masih segar dalam ingatan, rutin harian saya belajar selama 8 jam sehari.
Syukur sebab keputusan memang cemerlang yang memboleh­kan saya mendapat biasiswa untuk ijazah sarjana muda.

Pengalaman pahit?
Pengalaman pahit pastinya ketika bapa saya meninggal dunia pada 2021 dan ketika itu saya masih lagi belajar. Kami sekeluarga sangat sedih hingga ibu jatuh sakit dua bulan selepas itu.
Saya menggalas tanggungjawab menjadi tulang belakang keluarga untuk menjaga ibu dan menghantar adik berulang-alik ke sekolah.

Titik terendah sebagai pempe­ngaruh?
Pada hujung tahun 2021, keada­an ibu baru mula pulih, namun terpaksa menjaga saya pula kerana saya jatuh sakit akibat psoriasis. Ketika itu, saya baru pulang ke Shah Alam untuk pembelajaran secara hibrid sewaktu Covid-19, tetapi tak sampai 2 bulan, terpaksa balik semula kerana melarat sakit hingga tak keluar rumah.

Bagaimana boleh mulakan konten media sosial?
Sejak di bangku sekolah, saya memang minat untuk jadi artis walaupun cita-cita saya sebenarnya mahu menjadi pramugari atau peguam. Jadi, sejak saya menyambung pendidikan di pe­ringkat universiti, saya memang banyak buat vlog di YouTube.
Saya mula aktif membuat konten di TikTok untuk pendapatan sampingan kerana lebih mudah mendapat engagement (interaksi).

Kerjaya atau media sosial?
Walaupun sibuk dengan komitmen harian, saya percaya diri mampu membahagikan masa antara kerjaya sebagai peguam, pendidikan dan konten media sosial.
Dari dulu, saya memang rajin kerja sambilan untuk meringankan beban keluarga, namun saya tahu akan tiba masanya saya perlu memilih.

Cabaran menjadi inspirasi kepada remaja?
Kecantikan itu memang perlu dijaga, tetapi pendidikan juga sama pentingnya.
Gemar dengan pepatah “The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you’ll go” menjadi motivasi saya.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Berpendidikan, bertanggungjawab dan saya tidak boleh hubungan jarak jauh. Dia juga perlu berfikiran matang dan ‘provider’ kerana saya pun boleh jaga diri saya.

Siapakah Sharmaine dalam masa 3 tahun akan datang?
Ketika itu saya sudah ada Phd dan jadi artis. Saya ingin jadi inspirasi kepada orang lain. Hal ini kerana pendidikan itu mampu membawa seseorang itu berjaya di manapun mereka pergi kerana itu yang membezakan kita semua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN