fbpx

Jika diserang, tugas Ardell buat ‘live’ SOS – Nadzmi Adhwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelayaran Global Sumud Floyltilla (GFS) semakin menghampiri perairan Gaza, pelakon dan aktivis kemanusiaan Ardell Aryana diberi mandat untuk membuat siaran langsung isyarat bantuan atau ‘SOS’ andai berlaku serangan terhadap kapal mereka.

Perkara tersebut didedahkan suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa yang memaklumkan insan kesayangannya itu berlapang dada untuk menunaikan tanggungjawab terbabit.

“Semoga Allah reda dengan usaha mereka. Ada tugas untuk isteri saya. Jika Ardell atau delegasi diserang, dia akan buat ‘live SOS’

“Tugasnya adalah untuk merakam dan sebarkan segera menerusi siaran langsung,” ujarnya dalam sesi ‘live’ bersama pengikut laman sosialnya.

Ditanya netizen mengenai tarikh kepulangan Ardell ke tanah air, Nadzmi mengakui sukar memberikan kepastian selagi misi penghantaran bantuan ke Palestin belum disempurnakan.

“Soalan yang tiada jawapan buat masa ini. Bila Ardell nak pulang? Manalah saya tahu,” ujarnya membalas pertanyaan peminat.

Begitupun, bapa kepada dua anak itu mendoakan agar perjalanan semua sukarelawan GFS dipermudahkan sekali gus mencapai matlamat

Terdahulu, Ardell serta memulakan perjalanan ke Sepanyol pada 31 Ogos lalu sebelum menaiki kapal layar menuju Lautan Mediterranian membabitkan 38 kapal layar secara keseluruhannya.

Difahamkan, mereka dijangka dapat tiba ke wilayah dijarah rejim Zionis itu dalam tempoh 10 hari lagi andai tiada sebarang kekangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN