fbpx
tangkap layar video seekor alpaca di kafe haiwan dengan muka murung.

[VIDEO] Kesian alpaka tertekan, sedih duduk dalam kafe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian seorang pengguna media sosial mengenai seekor alpaka yang diletakkan di sebuah kafe mendapat perhatian ramai apabila ada yang mendakwa haiwan itu sepatutnya berada di kawasan terbuka.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok @sydhndrh, mamalia tersebut ditempatkan dalam sebuah kafe haiwan dipercayai di Melaka dengan wajah yang kelihatan murung.

Katanya, beberapa haiwan lain yang berada di premis tersebut turut dilihat berada dalam keadaan tidak selesa.

Video tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan kebimbangan.

“Nampak alpaka ini tertekan dan sedih, ruang sempit, rindu kawan-kawan dan mungkin lapar,” komen @notprettylah

“Kesiannya duduk dekat tempat sempit macam ini. Kita tak boleh buat laporan ke? Aniaya haiwan macam ini tak boleh lah tengok. Duduk atas lantai saja pulak tu,” kata Aina.

“Tengok ini buat saya sedih, normal ke haiwan duduk dalam ini? Tak kan?,” ujar @bougassabby. – KOSMO! ONLINE

@sydhndrh are you okay dear alpaca? 🥹#alpacasoftiktok ♬ Urn – Crying City

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN