fbpx
Video tular membabitkan pelajar berkenaan pada Julai lalu.

Dua pelajar tular tampar rakan diperintah bon berkelakuan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Dua pelajar lelaki Tingkatan Satu yang tular menampar rakan sekelas di sebuah pusat beli-belah di sini diperintah menjalani bon berkelakukan baik selama setahun di Mahkamah Majistret di sini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Lee Tee Kiat yang mewakili kedua-dua pesalah juvana berusia 13 tahun selepas prosiding di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil.

Menurut peguam itu, mahkamah mengenakan perintah itu selepas bersetuju dengan cadangan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya dua pelajar tersebut dikenakan perintah bon berlakuan baik selama setahun tanpa cagaran.

“Mereka mempunyai peluang untuk memperbaiki diri selain mahkamah bersetuju dengan cadangan pihak JKM untuk kedua-duanya menjalani perintah bon berkelakuan baik selama setahun,” kata peguam itu selepas prosiding hari ini yang dijalankan secara tertutup kerana tertuduh merupakan pesalah bawah umur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd. Zulbahrin.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama telah didapati berkelakuan kurang sopan dengan cara menampar seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di tempat awam bagi tujuan mengganggu keamanan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat beli-belah di sini pukul 11 pagi pada 30 Julai lalu yang didakwa mengikut seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM100.

Sebelum ini, media melaporkan tidak puas hati dengan cara bercakap dipercayai punca seorang pelajar dipukul rakan sekelas di sebuah pusat beli-belah di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, sebanyak sembilan keterangan saksi diambil termasuk empat pelajar yang ditahan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN