fbpx
Rohaizad (dari kanan) menunjukkan sisa pepejal dirampas dalam sidang media di Butterworth, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

Kastam P. Pinang gagalkan cubaan seludup sampah dari AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menggagalkan cubaan membawa masuk lebih 40.2 tan sisa pepejal perbandaran dari luar negara menerusi pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di Butterworth di sini pada 23 Ogos lalu.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Rohaizad Ali berkata, pelbagai campuran sisa buangan tergolong dalam kategori barang larangan import di bawah Akta Kastam 1967 seperti plastik, kayu, getah, logam, batu dan pelbagai bahan lain itu ditemukan dalam dua buah kontena.

“Sampah disyaki dibawa dari Amerika Syarikat (AS) itu diikrarkan sebagai serpihan aluminium bagi mengelak daripada mendapat kelulusan permit (AP).

“Pemeriksaan lanjut mendapati kontena itu diimport oleh syarikat tempatan dan pemeriksaan (kastam) turut disaksikan wakil syarikat.

Kita sedang melakukan siasatan ke atas dua lelaki berusia 40 dan 50-an yang juga pemilik dagangan itu,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Pencegahan Negeri di sini, hari ini.

Katanya, sisa pepejal perbandaran yang diimport diklasifikasi sebagai barang larangan import dan tertakluk di bawah Item 36, Bahagian I, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) dan Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN