fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat landa Pantai Timur, Sabah petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susualan jangkaan hujan lebat serta ribut petir di empat negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan yang dijangka terjejas di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Selain itu di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

“Bagi negeri Sarawak pula, keadaan sama tertumpu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.

“Di Sabah membabitkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Telupid dan Beluran,” kata MetMalaysia hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI