KUALA LUMPUR – Ketua Pas Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad ditahan polis hari ini berhubung insiden kekecohan ketika operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru di sini, pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan penahanan tersebut yang dibuat sekitar pukul 1.30 pagi.
“Ya, saya sahkan penahanan ini (Zaharudin) bersabit kes Kampung Sungai Baru tempoh hari,” katanya ringkas, hari ini.
Beliau berkata, individu itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186, 353 dan 324 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, media melaporkan tujuh suspek lelaki berusia 15 hingga 50 tahun telah ditahan berhubung insiden berkenaan dan siasatan mendapati mereka bukanlah penduduk yang beralamat di Kampung Sungai Baru.
Siasatan mendapati mereka yang ditahan itu adalah ketua dan ahli kepada satu pertubuhan namun belum tidak dapat dipastikan sama ada mereka mempunyai kepentingan lain berhubung insiden itu.
Insiden kekecohan itu turut menyebabkan Sulizmie Affendy mengalami kecederaan di kepala akibat dibaling objek. – KOSMO! ONLINE














