fbpx
Asyraf Wajdi

Anak Asyraf Wajdi mengadu duit belanja sekolah RM2 tak cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, anak bongsunya Atiyyah mohon ditambah duit belanja sekolah.

Menurutnya, anaknya memaklumkan kepadanya duit belanja sekolah sebanyak RM2 yang beliau dan isteri beri setiap hari tidak mencukupi.

“Boleh tahu berapa kadar sesuai duit belanja yang diberikan kepada anak-anak masing-masing untuk sekolah rendah?

“Setakat ni saya dan isteri hanya berikan RM2, tapi siapkan bekalan makan dan botol minuman dari rumah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Asyraf Wajdi berkata, beliau meminta anaknya itu makan bekalan yang dibawa dari rumah, tetapi Atiyyah memaklumkan rakan sekolahnya dapat lebih duit belanja.

“Ini sebab kawan atau sebab tak cukup?,” katanya secara berseloroh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI