fbpx
Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan ketika ini.

Mood cuti sudah ‘on’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suasana cuti hujung minggu yang panjang sempena sambutan Hari Malaysia mula terasa apabila beberapa lebuh raya utama di seluruh negara mencatatkan peningkatan aliran trafik sejak petang tadi.

Menerusi tinjauan di televisyen litar tertutup (CCTV) serta laman rasmi Lembaga Lebuhraya (LLM), aliran kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan bagi kedua-dua arah dilaporkan perlahan ekoran pertambahan kenderaan bermula pukul 5 petang tadi.

“Bagi arah utara, trafik perlahan dari Plaza Tol Sungai besi ke pusat bandar, Pedas Linggi ke Senawang, Simpang Renggam ke Ayer Hitam, dan Senai Utara ke Hentian Sebelah Kulai.

“Turut terkesan dari Seberang Jaya ke Sungai Dua, Juru ke Perai, Terowong Menora ke Kuala Kangsar, Gua Tempurung ke Simpang Pulai, Sungkai ke Bidor dan Sungai Buloh ke Rawang Selatan.

“Arah selatan pula membabitkan Nilai ke RSA Seremban, Sedenak ke Senai Utara, Simpang Renggam ke Sedenak, Juru ke Jawi, Kuala Kangsar ke Terowong Meru dan Ipoh ke Simpang Pulai,” lapor LLM.

Selain itu, di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak arah timur, tafik perlahan dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah dan Lentang ke Bentong, manakala arah barat melibatkan Lentang ke Bukit Tinggi.

“Awasi jarak kenderaan anda. Semoga selamat sampai ke destinasi,” pesan LLM – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN