fbpx
Gambar hiasan.

Pelajar tingkatan empat panggil Zara hadir perjumpaan haram ‘MA’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner diberitahu Allahyarham Zara Qairina Mahathir berkemungkinan dibawa menghadiri satu perjumpaan haram dikenali sebagai ‘MA’ selepas aduan terbabit dibuat kepada pelajar senior tingkatan empat selepas dia dituduh mencuri wang RM300 pada 15 Julai lalu.

Pengawal keselamatan asrama Linah Mansoding @ Jaliha, 65, menyatakan pelajar berkenaan mendakwa Zara sebagai individu yang bertanggungjawab mencuri wang terbabit dan perkara itu turut dimaklumkan kepada pelajar tingkatan empat lain yang berperanan sebagai penjaga asrama.

“Berkemungkinan dia dibawa untuk menghadiri perjumlaan ‘MA’,” katanya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Mahkamah diberitahu bahawa ‘MA’ adalah istilah bagi perjumpaan antara pelajar senior dan junior di asrama yang kononnya bertujuan memberi teguran atau nasihat.

Bagaimanapun, ia diharamkan sejak 2017 kerana sering disalahgunakan untuk menekan junior.

“Amalan ‘MA’ hanya dijalankan secara senyap oleh pelajar senior tanpa pengetahuan guru atau warden, biasanya ia berlaku apabila timbul isu disiplin seperti tidak menghormati senior atau tuduhan melakukan kesalahan.

“Sepanjang berada di asrama ini, saya hanya mengetahui tiga sesi ‘MA’ pernah berlaku termasuk ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Sepatutnya sebarang masalah dilaporkan kepada guru. Tetapi dalam kes ini, pelajar senior bertindak sendiri memanggil junior mereka. Itu sebabnya ‘MA’ dilarang,” katanya.

Dalam pada itu semasa ditanya jika saksi pernah berinteraksi dengan Zara, dia hanya menyatakan ada dua kali iaitu apabila video Zara di aplikasi TikTok melalui layar utama akaun media sosialnya.

“Saya tegur dan tanya siapa yang dia maksudkan tetapi dia tidak menjawab. Kali kedua apabila saya menegur mereka membasuh pakaian pada waktu malam dan Zara bergurau dengan berlari-lari di kawasan ampaian kain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN